Saturday 14 March 2015

Cerita Pendek !

Selamat Pagi ,

Mata mengantok dan tengah lapar sekarang ni . Tiba-tiba datang mood nak menaip dan erti kata lain pakai wifi free sebenarnya . haha , tengah buat projek , tab sebelah buka blog dengan twitter . Hampeh betul Fatinabila ni . Hahah , isnin ni ada present Final Year Project . kepala masing-masing tengah kusut sebab tak siap lagi slide . Bagi mengelakkan rasa serabut kita layan blog dulu . Hehe 

Harap semuanya dipermudahkan Allah hari isnin ni . Mungkin sekarang tak rasa nervous tapi tunggu hari isnin nanti masing-masing memang gementar nak present . Walaupun present depan lecturer yang memang dah kenal tapi takut bila soalan yang diaorang lontarkan nanti . Dapat pulak kalau soalan tu mencabar minda untuk dijawab . Hahaha 

Oklah , nanti update lagi . Banyak cerita nak kongsi dekat sini supaya boleh jadi kenangan untuk aku nanti . Bila habis belajar nanti mungkin akan rindu kenangan waktu belajar , ehh bukan mungkin tapi pasti semua kenangan dekat poli pasti akan aku rindu . Hihihi





Dak Atin , 
Si gigi besi :D

No comments: