Friday 6 February 2015

M E M O R Y : D T M 5 A ♥



Selamat Malam ,

Selamat datang tahun 2015 , rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat datang 2015 kan ? Hahaha , walapun dah bulan dua tapi aku tetap nak ucap jugak ! Ini lah akibat bila dah lama sangat tak menjengah dekat sini . Last update pun tahun lepas dan itu pun jarang update . Bila banyak sangat kerja nak menjengah blog pun tak sempat . Hihi , Itu lah hakikat seorang pelajar ~

Malas nak membebel banyak , kita terus ke cerita yang utama . Hihi , sebenarnya 31 Jan 2015 haritu kelas aku ada buat BBQ untuk kitaorang . Almaklumlah dah sem last ni dan insyaallah sem depan memasing nak praktikal dah jadinya takkan ada masa nak luang masa macam sekarang ni . Walaupun agak awal sebenarnya majlis ni tak faktor yang tak berapa sibuk buat masa sekarang ni sebab tu BBQ ni buat awal sebelum final exam . 

Kitaorang buat BBQ dalam poli je sebab mengharapkan semua orang dapat join dan senang nak buat apa-apa . Majlis makan yang santai-santai saja yang penuh dengan gelak tawa . Ajk-ajk tolong menolong memastikan acara BBQ ni berjalan lancar . Kitaorang start bakar-membakar ni selepas zohor walaupun macam pelik membakar waktu tengah panas tapi itulah hakikatnya ! hahaha . Kerja nak mengidupkan arang ni aris yang settlekan dan kitaorang tolong mana yang patut . Tapi nak hidupkan arang tu je dah makan masa yang lama sebab dengan angin kencang waktu tu . Bertukar-tukar tempat nak buat BBQ kitaorang . Hahah .

Lepas arang dah hidup , kitaorang pun mula kerja bakar membakar ni . Hahaha , Tapi nak membakar je dah jenuh nak tunggu ayam tu betul-betul masak . Bau asap yang dapat dulu tapi perut masih kosong sebab menunggu ayam masak . Tapi sementara tunggu ayam masak , kitaorang makan makanan lain . Chef afnan dah masakkan sphagetti untuk kitaorang , Chef sal pulak masak macaroni goreng . Lepas tu ada juga makanan lain macam nugget , puding , fruit salad dan lain-lain lagi . hihih . Jomlah layan gambar dulu ~



masing-masing tak sabar nak makan ayam dah tu , tu yang duduk berkumpul dekat situ ! hahah


bab bergambar no satu diaorang ni ! hahaha


Orang belakang yang sibuk bako ayam untuk budak-budak ni makan ! hahaha , masing-masing bau asap je dah tu . Tapi ayam sedap resepi bujang dari chef aris ! hahaha




 Masing-masing muka bahagia dapat makan , Hahaha , almaklumlah kaki makan memasing ni ! hahahaha . lepas makan semua mula lah aktiviti bergambar walaupun belum sudah makan pun , tengah makan pun memasing dah sibuk bergambar ! hahah





Ini lah kenangan antara kami . Segala suka dan duka disimpan dijadikan kenangan . Tanpa sedar hampir 3tahun kami bersama melalui segala susah dan senang bersama . Biarpun ada kenangan yang pahit dan manis tapi persahabatan itu tetap akan kekal selamanya . Sejujurnya , aku berharap persahabatan ini akan berkekalan biarpun dah tamat Diploma nanti . 
I ♥ DTM 5A !




Lots of love ,
dak atin


No comments: