Friday 28 November 2014

Throwback : Reunion Ex-schoomate




Assalamualaikum ,

Oklah harini baru nak update cerita semalam tu hanya untuk bagi datang semangat untuk menaip balik je . Hehehe , Tahlah mungkin jenis aku ni bila rajin nak layan blog kalau boleh nak je hari-hari buka blog ni tapi bila dah tahap malas , nak menjengah pun taknak . hehehe , Nak kata tiada cerita banyak je sebab cuti aku diisi dengan aktiviti . Hahaha , oklah straight to the point je masa aku cuti sem haritu aku dengan geng-geng aku ada buat aktiviti beriadah tepi pantai . Maka sambil tu dapat lah jumpa sebab dah lama tak berjumpa dan masing-masing mengambil kesempatan yang ada untuk berjumpa . heheehe

Macam biaselah cara aku memang suka buat perancangan walapun kadang tak menjadi . Hahah , tapi sebab nak pergi berkelah so kena plan jugak . Nak dijadikan cerita untuk membuat penjimatan aku suruh diaorang bawa makanan dari rumah . Masing-masing bawak sorang sikit makanan bila disatukan banyak lah nanti . Hhehee . Tapi masing-masing bawak yang simple je sebab berkelah pun untuk suka-suka dan lebih reunion. Tapi picnic kitaorang petang sebab pagi memasing sibuk nak kemas rumah . So petang lebih bagus sebab dah free . 

Katanya lepas asar gerak , tapi janji melayu biaselah dalam 5 lebih jugak baru gerak . Hehehe , bila sampai je sana cari port yang sesuai untuk berkelah . Tapi bila tengok kiri kanan tak ada yang bentang tikar jadi kitaorang segan nak berkelah . Tapi bila datang sorang member yang tak segan pergi bentang tikar memasing terus turun angkat sikit-sikit makanan . Waktu tu orang pandang pun tak peduli dan tak jauh dari kitaorang duduk ada jugak makcik yang sekeluarga berkelah . Ok terus rasa lega sebab ada geng . Heheheh 

Bila dah susun makanan atas tikar , masing-masing macam malu-malu nak makan padahal kawan-kawan aku tu memang kuat makan memasing . Tetiba cover pulak , terasa kepelikan disitu ! hahaha . walaupun hujan turun renyai sedikit pun tidak menghalang kami untuk terus berkelah . Lepas makan semua terus pergi berposing depan kamera ! memang habit kami pantang nampak kamera semua berlari nak bergambar ! hahaha .

Masing-masing tak lepas peluang bergambar sebab bukan selalu dapat jumpa tapi yang sedihnya ada beberapa orang kawan aku tak dapat join sebab hal tertentu . Harap sangat nanti dapat jumpa dan berkumpul sesama dan dengan harapan akan complete semua ! itu baru seronok sebab dapat luangkan masa bersama-sama . Heheheh , oklah jom layan gambar yang ada ~
















Sampai sini sahaja cerita aku , kalau ada masa yang terluang dan kerajinan aku update lagi ye ! hehehe , Kbye !



Lots of love ,
Dak atin

No comments: