Sunday 17 August 2014

Aktiviti Di Hujung Minggu !


Selamat Malam ,

Dah lama rasanya jejari runcing ni tak tekan keyboard untuk menaip entry . Hehe , nak kata busy sangat takde pun cuma kemalasan nak on latop je . Sebab tu jugak tenggelam timbul je blog aku ni sama macam tuan dia . Hahaha . Minggu ni agak free untuk aku sebab hari jumaat tak ada kelas pun , terasa bahagia gile ! sebab susah nak dengar kelas cancel sebab selalu kelas pack je , 8pagi-5petang . Nak atau tidak ikhlaskan hati jela pergi kelas tu . Hehehe

Disebabkan hari jumaat tak ada kelas , aku saja ajak roomate aku date . Hahah , misi utama sebenarnya lebih kepada nak tebus KAX dekat celcom centre tapi siap ada agenda lain jugak keluar . Heheh , yela dah nama pun roomate kadang-kadang tu nak jugak keluar berdua kalau tak selalu keluar beramai-ramai je dengan budak-budak yang lain . Tapi hari jumaat tu saja tak ajak budak lain sebab nak date berdua je ! Barulah roomate day out katakooo ! Ahahah :p

Kitaorang keluar berjalan-jalan je dan diisi dengan aktiviti tengok wayang . Sebab banyak sangat cerita menarik dekat wayang so kitaorang decide nak tengok cerita THE STORM . Not bad jugak cerita dia sebab cerita dia lebih kepada alam semula jadi dan kekeluargaan . Terasa sedih jugaklah tengok cerita tu , ke aku sorang je yang feeling macam tu erk ? Hahaha . Tapi sebelum tengok wayang kitaorang pergi makan Johny . Sebenarnya teringin dan aku pun jarang makan situ boleh kira berapa kali je makan dekat Johny . Dan roomate aku pun on je so apa lagi layan steamboat la kitaorang berdua . Hihihi .


yummy ! 

muka kekenyang . Hahah ;p

Roomate aka Wanie . Hee
Maka tamatlah cerita untuk hari jumaat , tapi untuk hari sabtu ada lagi cerita yang lebih kurang sama cuma ada watak tambahan dan aktiviti yang berbeza sedikit . Heheh , sebenarnya hari sabtu aku keluar lagi untuk agenda yang lain pulak . Disebabkan kena buat buat video untuk subjek keusahawanan so terpaksa lah keluar lagi . Tapi kali ni keluar bereempat , aku dengan roomate dan dua orang lagi classmates aku , Sal dan Dinie . 

Mula-mula kitaorang pergi tebus KAX sebab jumaat tu tak sempat . Tapi lebih kepada aku sendiri sebenarnya nak tebus tapi last-last tak dapat pun sebab katanya stok untuk KAX dah habis . Sodihh aku dengar tapi senyum jela baru ingat nak bagi dia satu tapi tak kesampaian . Hahaha . Abaikan pasal tu , then kitaorang terus carik kedai mana yang sesuai untuk interview area celcom centre . Last-last kitaorang pergi utc je sebab alang-alang nak carik bahan untuk subjek statistik . Kebetulan situ ada foodcourt so kitaorang decide nak interview uncle jual cendol . Heheh

Dia pun kenal aku dan bila tanya dia pun on je untuk mintak diinterview so lagi mudah kerja kitaorang . Heheh , lepas interview kitaorang ingat nak cari bahan untuk statistik sebab sebelah megamall ada hospital tapi bila masuk macam takada apa pun . Then Sal ajak kitaorang main bowling . Bila masuk tempat bowling ramai nau orang dan kena tunggu tujuh lagi game tapi malas kitaorang decide nak main dekat tempat lain je .

Kitaorang pergi main area mydin tapi kalau nak pergi tempat bowling tu macam serram nau sebab bangunan dia agak menakutkan . Hahah , tapi Sal dah ajak pergi jugaklah . Dekat situ tak ramai pun orang so tak pening kepala . kitaorang main dua game okey padahal aku ni langsung tak pro pun sebab kalau diberi pilihan antara wayang dengan bowling aku akan pilih tengok wayang . Heheh , tapi kalau dah majority yang main so layan jela dan main pun sekadar suka-suka . Heheh .


Bowling Timeeee !

Sementara tungggu turn amik gambar dulu ! hehe

muka tak sabau nak baling ! haha :p

strike or not ? haha

Kami .... Heheh

Bila main bowling ni tak sangka pulak aku menang ! hahaha , tapi serius cakap tak pro dan tak minat pun . Diaorang sampai marah aku asal tinggi nau markah . Hahah , Tapi harap diaorang tak serik nak ajak aku main bowling lagi . Hahahah . Walaupun sakit tangan ni tapi seronok jugak sebenarnya main bowling . Sampai ada yang pandang rendah dengan aku , tunggu la pali nanti kita lawan la ? baru boleh cakap banyak . Hahah . Lepas dah sudah main kitaorang pergi pasar malam then terus balik poli . Heheh . 

Hujung minggu aku kali ni betul-betul diisi dengan aktiviti dengan member-member je . Hahah . Seronok sangat dan kenangan tak dapat dibeli dimana-mana melainkan kita laluinya sendiri . Akan aku simpan semua kenangan yang ada sepanjang belajar dekat poli ni . Hehehe , oklah ada masa aku update lagi cerita yang menarik untuk bacaan korang ye . Bye dan Assalamualaikum :)


Lots of Love,
sigigibesi
xoxox

1 comment:

TipTopup said...

Saalm bos tumpang lalu.. :)

AGEN/DEALER
komisen terbaik der!
celcom 5.50% maxis 4.50% digi 4.50%
Topup RM5 dengan hanya RM4.50
X mau jual, guna sendiri atau family, jimat!
FREE GIFT WEBSMS UNTUK SMS PERCUMA!
Info lanjut http://goo.gl/IaMtMe