Selamat Malam ,
Dah lama rasanya jejari runcing ni tak tekan keyboard untuk menaip entry . Hehe , nak kata busy sangat takde pun cuma kemalasan nak on latop je . Sebab tu jugak tenggelam timbul je blog aku ni sama macam tuan dia . Hahaha . Minggu ni agak free untuk aku sebab hari jumaat tak ada kelas pun , terasa bahagia gile ! sebab susah nak dengar kelas cancel sebab selalu kelas pack je , 8pagi-5petang . Nak atau tidak ikhlaskan hati jela pergi kelas tu . Hehehe
Disebabkan hari jumaat tak ada kelas , aku saja ajak roomate aku date . Hahah , misi utama sebenarnya lebih kepada nak tebus KAX dekat celcom centre tapi siap ada agenda lain jugak keluar . Heheh , yela dah nama pun roomate kadang-kadang tu nak jugak keluar berdua kalau tak selalu keluar beramai-ramai je dengan budak-budak yang lain . Tapi hari jumaat tu saja tak ajak budak lain sebab nak date berdua je ! Barulah roomate day out katakooo ! Ahahah :p
Kitaorang keluar berjalan-jalan je dan diisi dengan aktiviti tengok wayang . Sebab banyak sangat cerita menarik dekat wayang so kitaorang decide nak tengok cerita THE STORM . Not bad jugak cerita dia sebab cerita dia lebih kepada alam semula jadi dan kekeluargaan . Terasa sedih jugaklah tengok cerita tu , ke aku sorang je yang feeling macam tu erk ? Hahaha . Tapi sebelum tengok wayang kitaorang pergi makan Johny . Sebenarnya teringin dan aku pun jarang makan situ boleh kira berapa kali je makan dekat Johny . Dan roomate aku pun on je so apa lagi layan steamboat la kitaorang berdua . Hihihi .
|
yummy ! |
|
muka kekenyang . Hahah ;p |
|
Roomate aka Wanie . Hee |
Maka tamatlah cerita untuk hari jumaat , tapi untuk hari sabtu ada lagi cerita yang lebih kurang sama cuma ada watak tambahan dan aktiviti yang berbeza sedikit . Heheh , sebenarnya hari sabtu aku keluar lagi untuk agenda yang lain pulak . Disebabkan kena buat buat video untuk subjek keusahawanan so terpaksa lah keluar lagi . Tapi kali ni keluar bereempat , aku dengan roomate dan dua orang lagi classmates aku , Sal dan Dinie .
Mula-mula kitaorang pergi tebus KAX sebab jumaat tu tak sempat . Tapi lebih kepada aku sendiri sebenarnya nak tebus tapi last-last tak dapat pun sebab katanya stok untuk KAX dah habis . Sodihh aku dengar tapi senyum jela baru ingat nak bagi dia satu tapi tak kesampaian . Hahaha . Abaikan pasal tu , then kitaorang terus carik kedai mana yang sesuai untuk interview area celcom centre . Last-last kitaorang pergi utc je sebab alang-alang nak carik bahan untuk subjek statistik . Kebetulan situ ada foodcourt so kitaorang decide nak interview uncle jual cendol . Heheh
Dia pun kenal aku dan bila tanya dia pun on je untuk mintak diinterview so lagi mudah kerja kitaorang . Heheh , lepas interview kitaorang ingat nak cari bahan untuk statistik sebab sebelah megamall ada hospital tapi bila masuk macam takada apa pun . Then Sal ajak kitaorang main bowling . Bila masuk tempat bowling ramai nau orang dan kena tunggu tujuh lagi game tapi malas kitaorang decide nak main dekat tempat lain je .
Hujung minggu aku kali ni betul-betul diisi dengan aktiviti dengan member-member je . Hahah . Seronok sangat dan kenangan tak dapat dibeli dimana-mana melainkan kita laluinya sendiri . Akan aku simpan semua kenangan yang ada sepanjang belajar dekat poli ni . Hehehe , oklah ada masa aku update lagi cerita yang menarik untuk bacaan korang ye . Bye dan Assalamualaikum :)
Lots of Love,
sigigibesi
xoxox
1 comment:
Saalm bos tumpang lalu.. :)
AGEN/DEALER
komisen terbaik der!
celcom 5.50% maxis 4.50% digi 4.50%
Topup RM5 dengan hanya RM4.50
X mau jual, guna sendiri atau family, jimat!
FREE GIFT WEBSMS UNTUK SMS PERCUMA!
Info lanjut http://goo.gl/IaMtMe
Post a Comment