Thursday, 3 July 2014

Melaka ♥


Selamat Malam ,

Rasa tak sedap badan pulak tetiba mungkin faktor minum air pelbagai jenis kot . Haha , sebenarnya beli air satu je tapi kalau dah biase berbuka dengan air panas lepastu minum pulak air beli dekat bazar . Kenyang air je aku rasa berbuka tadi . Hee . Tetiba macam rajin je nak update blogkan padahal nak guna masa yang ada sebelum internett broadband ni expired . Tak ada cerita apa yang menarik sangat pun nak dikongsi cuma aku je tak sabar menanti hari esok .

Ini adalah sebab esok aku nak balik Melaka ! Rasa tak sabar nak balik sebab first day berpuasa tak dapat nak berbuka dekat rumah pun sebab ada dekat Kuantan . Memang minggu lepas boleh balik tapi aku malas sebab nanti bukan dapat berbuka dekat rumah pun so aku berkorban balik minggu ni . Tapi tak balik pun mak dah call tanya tak balik ke ? hihih , Nampak nau dah rindu .

Haritu dah siap bagitahu kakngah nak balik minggu ni tapi yang tak menahan bila kakngah tanya nak makan apa untuk berbuka nanti . Hahaha , nampak nau tak sabar ! Rasa tak sabar pulak nak berbuka dengan family lepastu dapat makan sedap-sedap . Kalau dekat sini , hari-hari kena beli makanan dekat bazar . Sabar jelah walaupun kadang-kadang muak jugaklah tapi yang janji kenyang syukur . 

Tapi harap esok mak masak yang sedap-sedap dan rindu nak makan asam pedas mak katako ! Tapi sabar esok bus pukul 1.30pm jadi sempatlah nak berbuka dekat rumah . Malam ni nak kemas-kemas baju semua tapi macam nak balik raya pulak , bukan main teruja lagi . Hehehe . Tapi tak sedar report berlambak kena buat pastu isnin ni kena submit . Alahai , duduk rumah pun kena buat report la jawabnye . Hmmm . Oklah , kalau ada kesempatan masa aku menulis lagi okey !


Tak sabar nak jumpa MakAbah 

Lots of Love,
sigigibesi
xoxox

2 comments:

tiey smilez said...

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak dear. Yeahh. kita pum nak balik jugak, xsabar nak jumpa family kat umah. :)

Tiey singgah & klik nuff awak :)
My recent post : Cpuv Ke-6: IKEA sale 2014

nursuhada aziz said...

aritu org buka puasa kat rumah mak masak siakap kukus halia...sedappppp! lagi sedap dari asam pedas sbb asam pedas mak tawar..hihi..

btw, cantek tak blog org?hahaha.
#mohonjeles