Wednesday 2 July 2014

Girls Day Out ♥


Selamat Malam ,

Fuhh , baru malam ni dapat mengadap blog ni apabila 2-3hari ni busy je ! Hari-hari kelas balik lambat so nak tengok blog pun tak sempat walaupun ada 24jam sehari . Ihikhikhik . Sebenarnya lebih kepada letih sebab tu nak mengadap blog pun jadi malas . Okeylah sebenarnya aku nak share pasal hari sabtu lepas aku keluar dengan classmates aku . Walaupun dah berapa hari berlalu tapi aku tetap nak update jugak . Hahaha  . Kitaorang keluar berenam je dan misi utama keluar pun sebab nak tengok Transformer ! Aku yang excaited lebih sebenarnya nak tengok cerita tu dan akulah yang paling bersemangat nak tengok . Hihih 

Kitaorang gerak awal sebab takut tiket habis walaupun setiap setengah jam ada je cerita tu . Tapi risau jugak sebab cerita baru confirm ramai dapat pulak hari sabtu dah sememangnya hari cuti . Sampai je ECM terus pergi tempat wayang untuk beli tiket tapi bila tengok yang beratur je bukan main panjang lagi tapi disebabkan nak tengok jugak beratur jugak walaupun panjang . Hihihi ,
Tunggu punya tunggu untuk sampai ke kaunter , Alhamdulillah dapat jugak beli tiket walaupun dapat seat paling depan katako ! Nak tak nak beli jugak sebab dah penat beratur rugi kalau tak belikan . Hehehe


Ramai lagi yang beratur nak tengok Transformers !

Kitaorang pergi beli tiket sempat lagi kawan kitaorang curi-curi amik gambar . Haha

Akhirnya tiket Transformers untuk 6orang !

Tiket kitaorang pukul 3.45petang dan lambat lagi cerrita tu nak mula , kitaorang pergi makan dahulu . Perut memasing pun dah bernyanyi masa beli tiket lagi , lepas beli tiket terus decide nak makan dekat mana . Memang menjadi masalah setiap kali nak pergi makan sebab tak tahu nak makan apa . Hahaha , lepas memeningkan kepala last-last makan pizza hut je . Lama jugak menunggu untuk tunggu pelayan tu amik order sebab ramai sangat dekat pizza tu . Kitaorang ni sampai sempat selfie sementara tunggu nak amik oder . Hahaha . 

Agaknya ada dalam lebih kurang 15minit menunggu pelayan tu nak amik oder . Lepas dah oder semua , kena tunggu lagi untuk pizza tu tiba . Jenuh jugaklah nak menunggu sebab masing-masing tengah kelaparan . Tapi sabar jelah yang mampu waktu tu . hehe 

sempat berselfie sementara tunggu pelayan amik order ! 
dinie , atin , diana , qila , mur & wanie

Muka memasing bosan menunggu pizza sampai tapi sup memasing dah habis dibedalnya . Hehehe

Muka bosan dah tunggu pizza ! haha :p

Lepas penat menunggu pizza sampai , akhirnya dapat jugak . Sekejap je sudah makan sebab dah lapar sangatkan . Heheh , Tapi qila orang pertama yang habis makan dan boleh nampak dia lapar giler ! haahaha . Lepas semua dah kekenyang dan sudah makan kitaorang pun bayar dan tunggu untuk tengok wayang je . Cukup lama masa ada dalam wayang tu sebab cerita tu ada dalam 2jam lebih jugaklah dan sakit tengkuk jugaklah tengok cerita bila duduk seat depan sekali ni . 

Buat kali kedua aku tengok wayang duduk seat depan , yang first time pun masa tengok cerita Transformers jugaklah . Hahaha . Kalau nak tengok jugak , seat depan pun sanggup duduk tau . Hehehe , Tapi yang penting transformers bestttt dan ada banyak action . Begitu fokus bila tengok wayang sebab tak nak miss mana-mana part pun . Hahaha . Apa yang aku boleh kata , aku bagi 5bintang untuk cerita Transformers ni ! hihihi .  

Bila habis je cerita tu , kitaorang pun terus gerak ke pasar malam pulak ! Rutin setiap hari sabtu untuk pergi pasar malam dan memang menjadi faveret kitaorang ni . hehehe , dah beli makanan semua terus rushing balik poli sebab nak solat terawih untuk hari pertama dibulan ramadhan ! hihih , rasanya sampai sini je cerita aku dan kalau ada cerita lagi nanti aku kongsi ye . hihih :)

#ps : tak sabar nak balik melaka hari jumaat ni ! nak berbuka puasa dengan keluargaaa ♥


Lots of Love,
sigigibesi
xoxox

No comments: