Friday 11 July 2014

Dua Dalam Satu .



Selamat Malam ,

Tarik nafas lega bila harini hari jumaat sebab hari-hari boleh dikatakan busy dengan kelas yang pack jadualnya dan harini baru berkesempatan nak update blog dan blogwalking ! Banyak cerita nak dikongsi so semua cerita akan disumbatkan didalam satu entry senang dan cepat ! hihihi , Cerita yang semakin lapuk tapi tetap nak jugak cerita kalau tidak tak senang duduk aku sebab tak dapat update blog . huhuh . Minggu lepas aku balik kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga besar sebab masa first puasa je dah tak dapat nak berbuka sama-sama . Orang perantauan katanya tu yang kena sabar bila belajar jauh ni . hmmm

Rasa teruja gile bila nak berbuka dekat rumah dan masa nak balik tu je kalau boleh nak cepat sampai rumah . Hahaha , tapi masa hari jumaat tu tibe pun ngam-ngam je nak berbuka tapi abah bukan main risau takut tak sempat berbuka dekat rumah dan siap suruh beli air . Tapi alhamdulillah aku sempat jugak berbuka dekat rumah . Masih teringat-ingat lauk yang mak masak ! hihihi . Pada keesokan harinya tu , kitaorang adik-beradik dah plan nak berbuka ramai-ramai dekat rumah mak . Part yang tu paling aku suka sebab rumah meriah je dan bising dengan suara anak-anak buah . hehehe

Bila berbuka ramai-ramai ni confirm lauk pun kenalah sedapkan , heheh , yang bestnya mak masak asam pedas ! peh , tak melakau lah kalau tak ada asam pedas ! Lepas tu je siap ada mee soto yang kak uda buat dan untuk pencuci mulut pulak ada pengat pisang tu pun request daripada abang pis . Dia punya excaited bukan main laggi siap suruh bagitahu mak awal-awal nak makan pengat pisang , kalah aku yang duduk lagi jauh daripada dia tu . Hahaha . Tapi malangnya tak semua yang dapat join berbuka dekat rumah mak , along dengan kakda tak dapat join pun . 


antara yang berbuka dekat rumah mak haritu .


Sebelum masuk bulan puasa lagi tekak aku ni teringin benau nak makan kek tapi yang bukan berkrim . Macam kan pandan ke ? tak kisah lah janji kek tapi disebabkan kakngah cakap nak tolong buatkan aku pun tunggu jugak bila dia nak buatkan tapi last-last dapat harapan palsu je ! So lepas berbuka tu aku cakap lah dengan kakngah nak buat kek sebab dekat rumah tu bahan-bahan semua dah ada tinggal nak buat je . Jujur aku katakan aku memang tak pro bab membuat kek ni tapi setakat kek batik tu boleh lah tapi tu pun masa mula-mula buat tak jadi . Haha , tapi bila dah tahu rajin pulak aku nak buat kalau teringin makan . 

Macam tu jugak kek yang aku nak buat tu , aku pada awalnya nak buat cheese kek tapi krim cheese tak banyak so terpaksa tukar kepada kek coklat plak . Kakngah cuma bagi aku resepi je lepastu aku kena buat sendiri tapi sebab nak makan punya pasal rajinkan jugak diri masuk dapar carik bahan-bahan nak buat kek tu . Hehehe , disebabkan memang tak pernah buat kek so kakngah aku jadi cikgu yang mengajar buat kek tapi memang banyak bersabar jelah bila kena tegur bila salah teknik . Bila tenaga pengajar tidak berbayar so memang kena marah aje bila buat salah tapi pekak kan telinga jelah waktu tu . Hahaha

Lama jugaklah nak buat kek ni , ada dalam beberapa jam kena bagi tumpuan dekat kek je dari mula buat sehingga waktu membakar kek . Memang waktu tu aku tidur lambat sebab nak tunggu kek masak punya pasal dan paling best report aku terus tergendala sebab fokus pada kek sahaja . Disebabkan sangat mengantuk sampai topping untuk buat kek pun tak buat dan keesokkanya baru buat tu pun kakngah aku yang buatkan topping kek coklat tu . Apa-apa pun aku rasa bangga sebab kek yang pertama kali aku buat tu menjadi dan rasa dia pun boleh tahan sedap ! hahaah

inilah hasilnya kek coklat tu ! hehehe

Bila update gambar kek dekat media sosial ni mulah lah ada insan-insan terpilih nak merasa kek yang aku buat tu . Adalah beberapa kawan aku yang nak merasa kek ni dan baik sungguh hati ini bagi diaorang merasa kek coklat ni . Heheh , Alhamdulillah diaorang cakap kek yang aku buat ni sedap dan ada yang sampai nak lagi okey ! hahahaaha :p
Kalau macam ni responnya bolehlah menjual kek dekat poli ni , hahaaha . confirm orang yang sama je yang beli kek coklat aku ni kan ? heheheeh . Tapi sebab keknya tak banyak tak semua kawan-kawan aku dapat merasa tapi kalau rajin nanti balik cuti raya ingat nak buat lagi kek untuk kawan-kawan aku yang tak dapat merasa lagi kek ni . Huhuhu .

Disebabkan insan-insan tertentu yang dah merasa kek ni dan taknak pulangkan bekas kosong dekat aku , maka aku pun dapat lah 'hadiah' daripada diaorang tanda terima kasih dekat aku kot sebab bagi kek . So lepas ni kalau malam-malam lapar adalah benda nak mengunyah dekat dalam bilik ni kan ! hihihhi . Apa-apa pun TQ dekat kakzana dan dak pali sebab bagi 


Rasanya sampai sini saja cerita aku , nanti ada kesempatan masa aku update entry lagi okey ! Tapi sebelum tu saja nak belanja selfie dengan classmates dekat blog ni . ihikhikhik :p






Lots of Love ,
sigigibesi
xoxo


No comments: