Wednesday, 11 June 2014

Resepi Aiskrim Oreo


Selamat Petang ,

Cuaca bukan main terik package bahang yang kaw-kaw sekali , badan pun rasa letih je . Kalau panas-panas macam ni minum air sejuk seronok ! Dapat makan aiskrim pun seronok tapi pengsanlah kalau hari-hari nak beli aiskrimkan . hehehe , Jadi lebih baik kita buat je sendiri aiskrim yang kita nak . Sebenarnya aku yang teringin nak makan aiskrim , haritu makan aiskrim oreo mcflurry rasa sedap pulak tapi nak beli bukan main jauh lagi so alternatif lain buat sendiri . 

Semalam dah siap google cari resepi mana yang senang nak buat , lepas tu harini kebetulan keluar pergi cuci gambar terus beli barang yang perlu untuk buat aiskrim oreo ni . Bahan untuk buat aiskrim oreo ni pun tak banyak yang diperlukan . Jom tengok cara-cara nak buat pulak....




Bahan-bahan :

*Sebiji telur
*setengah sudu esen vanilla
*1sudu ovallet (pastikan halal)
*1 1/2 cawan susu cair
*setengah tin susu pekat (kemanisan ikut citarasa sendiri)
*1paket oreo tapi patahkan bersama krim



Cara-cara :

1)campurkan semua bahan-bahan diatas
2)blend semua bahan seperti gambar diatas sehingga sebati
3)bila dah sebati masukkan didalam bekas simpan dalam peti ais untuk dibekukan 



SELAMAT MENCUBA !




Lots of love ,
si gigi besi
xoxox

3 comments:

i lufcokelat said...

Mna nk crik ovallet?xkisahla nk bt aiskrim ape pon mmg kne guna ovallet?

i lufcokelat said...

Mna nk crik ovallet?xkisahla nk bt aiskrim ape pon mmg kne guna ovallet?

Si Gigi Besi said...

dkt pasar raya yg bsar2 biase ada jee , ovellet tu kira pelembut, klau xpkai dia cara nak buat aiskrim lain skit . lpas dah blend smua aiskrim tu , kne beku dlu lpas dah 2jam mcm tu kne blend blik bru aiskrim tu smooth je . hehe