Thursday, 12 June 2014

DIY : Album Gambar


Selamat Malam,

Malam ni agak kerajinan untuk buat DIY dekat album gambar yang baru beli petang tadi . Yela album yang kedai bagi tak cantik sangat so semangat beli album lain . heheh . Puas carik album yang berkenan dihati , pada mulanya nak beli album yang stiker tu tapi ada pun mahal benau dan last-last beli jela album yang biase tu . Disebabkan album tu sangat kosong dan rasa bosan je bila tengok , maka datanglah kerajinan aku nak buat DIY ni . hee

Cover album yang asal kosong dan plain je so aku mencantikkan album aku dengan membalut album tu guna pembalut hadiah je . hehe , lepas tu aku tambah tulisan sikit dekat cover album tu tapi tu guna kain felt . Letak jugak gambar aku masa kecik kira macam profile dan menandakan tu album aku yang punya . Hahah . DIY yang sangat simple je aku buat dekat album tu sebab tak ada idea sangat nak buat macam mana lagi atau nak tambah apa yang buat lagi cantik album tu . Sangat mudah je pun sebab banyak tampal je dan adalah menggunting tapi sikit-sikit je .

 Cost untuk buat DIY ni tak banyak sebab aku pakai barang yang sedia ada dekat rumah je . 
So lepas ni makin rajin aku cuci gambar yang ada , takdelah amik je gambar tapi simpan buat perkasam . Atleast bila cuci boleh jugak tengok dan gambar tu jadi backup kalau gambar dalam latop or phone kena virus . hehe . Ikutkan banyak lagi gambar yang ada tapi boleh kopak aku kalau cuci semua gambar , tu pun cuci gambar yang aku nak je . 

So kepada korang yang ada album tapi nampak kosong je boleh lah cuba jugak buat sendiri . Sebenarnya best sebab nampak lagi comel je album korang nanti . Hee , alah aku pun bukan kreatif nau tapi korang punya album suka hati korang la nak buat macam mana janji hasil yang korang buat sendiri . Jom tengok album gambar yang aku dah transform jadi lagi comel tu . heheh :p



ini hasilnya....

antara gambar dalam album... 


Lots of love ,
si gigi besi
xoxox

2 comments:

nursuhada aziz said...

nak kain felt sikit!

Dalila Safiah said...

singgah sini . saya dah follow awak balik :DD