Tuesday 10 June 2014

Kusinero Cinta


Selamat Malam ,

Lepas dah download cerita Kusinero Cinta bolehlah layan dekat lappy je , almaklumlah dekat rumah ni tak ada astro mustika Hd so terpaksa download . heheh , cerita ni best sebab ada Jerico yang hensem tu . hihih , dah lama tak tengok dia berlakon last pun cerita pengakosayur (tah betul idok aku eja ni , hehe ) Tu pun dah berapa tahun berlalu dah pun . Ni bila dapat tahu dia ada berlakon dalam cerita Kusinero Cinta , terus semangat aku nak download cerita ni . Kalau tidak aku lah orang malas nak download cerita . hehe

Tapi terpaksa tunggu dah keluar dekat astro baru boleh download . Setakat ni aku baru ada sampai episod 6 je , panjang lagi cerita tu so kena sabar download . hehe . Harap dekat poli line internet okey bolehlah sambung download dekat poli sebab dah nak masuk belajar minggu depan . hehehe , tapi ni pun tengah pening sapa nak driver bawak pergi kuantan ? hmm , ni sedikit review pasal cerita Kusinero Cinta .


Sinopsis Kusinero Cinta

Mengisahkan Fredo adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef berjaya. Namun, sebelum cita-citanya menjadi kenyataan, Fredo terpaksa melalui pelbagai dugaan de–ngan penuh sabar.

Sementara itu, Edrinna pula gadis dari Malaysia yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di negara itu. Secara kebetulan, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya, perjalanan hubungan mereka agak kurang baik.

Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka menjadi akrab. Fredo yang sebelum itu tiada tempat tinggal dan pekerjaan, akhirnya diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran terkenal di Manila. Pun begitu, Fredo bermula sebagai pencuci pinggan.

Bagi Syed Izmir pula, minatnya terhadap bidang masakan sangat mendalam. Namun, demi memenuhi impian keluarganya untuk mewarisi perniagaan diusahakan, dia terpaksa melupakan impian untuk bekerja di dapur sebagai chef dan menyambung pengajiannya dalam jurusan perniagaan.

Justeru, adakah hubungan cinta terjalin di antara Fredo dan Edrinna? Bagaimana pula dengan Syed Izmir yang terpaksa mengorbankan minatnya demi keluarga? Apakah yang berlaku seterusnya kepada Fredo, Edrinna dan Syed Izmir dalam hubungan dijalin mereka? Semua jawapan pastinya dalam Kusinero Cinta yang menemui penonton pada jam 10 malam dari Isnin hingga Rabu.





SELAMAT MENONTON !



Lots of Love ,
si gigi besi
xoxox

2 comments:

Precious Iman said...

nanti ajar macam mana nak download movie atin!

Unknown said...

org pun bkn terror sgt nk download . selalu org taip je download free cerita blablablaa , nt kluar la link ap smua , crik mne yg okey download jela . tp klau crite mlyu je org slalu bt mcm tu , tp crite bi or korea xthu . hehe