Saturday, 21 June 2014

Nescafe !


Selamat Petang dan Hai !

Apabila kebosanan melanda dan tak tahu nak buat apa , mulalah jari jemari ni nak menaip entry kan . Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa tapi pun saja nak kongsi pasal Nescafe ni je . heheh , sebab nya aku ni bukan penggemar Nescafe mahupun Kopi . Aku memang tak minum dua jenis air tu , tak tahu kenapa tapi aku lebih suka minum air teh'o . Bagi aku minum air teh'o ni rasa tenang je dan tak pahit macam air nescafe ataupun kopi tu . 

Tetapi bila Nescafe keluarkan produk yang baru tu yang Latte Caramel , aku saja jelah beli sebab nak cuba . Mungkin sebab pengaruh tv sebab dia kata tak pahit dan bila hari-hari tengok iklan tu terus rasa nak beli untuk cuba rasa ye ke idok tak pahit ? hihihi . So jawapan dia memang tak pahit pun dah rasa pun sedap je dan bau air ni pun wangi je . Ini jawapan dari orang yang bukan penggemar air nescafe okey ! hihih

Sambil menaip entry sambil tu meneguk air nescafe ni , Nescafe Latte Caramel ni TIDAK PAHIT dan itu yang paling penting , lepastu ada gula perang dan last sekali biji kopi pun dipanggang dengan sempurna . Sebab tu jugaklah bau air nescafe ni wangi je ! hihih . Tapi bagi aku lagi sedap kalau air nescafe ni letak ais dengan cuaca yang panas cenggini ! Terasa nikmat gile air nescafe ni okey .

Bila dah cuba satu air nescafe ni dan aku dapat menerima maka dengan ini air nescafe ni aku jadi minuman kegemaran aku ! hihihi .Kepada korang yang sama pattern macam aku yang tak gemar minum air nescafe , boleh lah cuba nescafe latte caramel ni sebab tak pahit pun ! Sedap pun sedap dan wangi . hehehe . Aku bagi 5bintang untuk air Nescafe Latte Caramel ni . hihihi 

Ini air nescafe pertama saya yang tidak pahit ! hihih ^^


SELAMAT MENCUBA !


Lots of love,
sigigibesi
xoxox

No comments: