Friday 20 June 2014

Permulaan Untuk Sem 4...


Selamat Petang !

Harini baru berkesempatan nak buka belog kesayangan aku ni , hihih . Semalam ada masalah teknikal menyebabkan segala benda yang aku nak buat terbantut sebab latop tak ada bateri dan plug tetibe buat hal . Memang menguji kesabaran aku je semalam dan tahap kebosanan aku $%^&*# Tahap teruk sangat tu bosan yang melampau selamat ada twitter tapi tu pun bosan jugak . Hehehe . Banyak benda yang aku nak cerita dekat sini , sorry kalau agak panjang cerita dekat entry ni . hahhahah :p

Hari rabu haritu , maka bermulalah cerita aku di sem4 ini , cabaran baru persekitaran jugak baru ! Sebab sem ni aku dapat blok lain kalau sem 1-3 aku duduk dekat blok yang sama sahaja cuma berbeza bilik . Tapi sem ni aku dapat duduk blok Al-ghazali yang bilik dia pun untuk dua orang satu bilik sangat berbeza waktu sem1-3 yang aku duduk sebilik ada dalam 5orang . Pada pagi rabu tu , aku dah gerak pergi kuantan sebab untuk pendaftaran kamsis aka kolej kediaman .

nak jugak mengikut anak-anak buah aku tu ! hihi

Dalam 11lebih dan lebih kurang aku sampai poli , tak lama lepas tu aku daftar kamsis untuk ambil kunci bilik apa semua tu . Lepas dah tahu duduk mana terus pergi angkat barang-barang aku , tapi yang paling syiok aku dapat tingkat 3 yang paling atas sekali okey ! Patah pinggang angkat barang dari bawah naik atas tapi selamat kawan aku , Dinie dengan mak tolong angkat barang-barang tu . hehehe , Lepas dah penat memunggah barang , kitaorang pun pergi makan dekat cafe kamsis je . Kemudian aku ikut abah pergi tunjuk direction nak ke hotel sebab abah tak tahu sangat jalan area kuantan ni . Carik punya carik selamat jumpa tapi tu pun sebab bantuan kawan aku bagi arah sebab aku tak tahu mana letaknya hotel tu . hahahaha , Tapi baru aku tahu sebenarnya hotel yang abah aku duduk lain dengan hotel yang dia booking . Tapi tak kisah sebab hotel yang diaorang duduk betul-betul dekat town dah senang nak gerak balik ke melaka . 

Aku tak checkin sesama dengan abah aku sebab aku duduk dekat kamsis je . Lagi pun Wanie ada dalam bilik dan keesokannya kitarang ada perjumpaan PA . Pada malam sebelum jumpa PA tu , kitaorang bosan gile sebab tak tahu nak buat apa . Pusing-pusing pun tengok muka memasing . Hahaha , online pun membosankan dengan cuaca dekat sini bila malam bukan main bahangg lagi . Kalau boleh nak aje aku duduk berendam dalam air ! Tempat baru jadi amik masa sikit nak biasekan diri tapi sekarang okey dah .

keje aku tengok kipas berpusing sebab bosan nau ! hahah

Keesokannya , perjumpaan PA pada pukul 10pagi dan perjumpaan tu pun sebab nak bagi slip bayaran dan dengar lah apa yang PA kitaorang nak cakap . Hahaha , Tak lama lepas tu , kawan-kawan aku nak keluar sebab nak beli barang . Pada mulanya aku malas nak join tapi macam mana tah ikut jugak keluar . Hahaha . Diaorang beli stok makanan lepastu aku adalah TERbeli barang sikit tu pun sebab TER . Aku memang kalau boleh tak nak beli pape sebab nak save kononnya ! hahaha . Tapi sebelum pergi shopping , kitaorang pergi makan dulu sebab memasing tak breakfast lagi so tahap lapau yang melampau kitaorang makan dulu dekat foodcourt ECM , kuantan tu .

Bila foodcourt tak banyak kedai , makan pun semua sama je ! hahaha

Lepas dah kenyang semua , kitaorang pun terus pergi beli barang yang patut . Eh , bukan kitaorang tapi diaorang yang nak beli barang tu . Hahahah , Bila diaorang beli barang tu , aku pun TERbeli jugak barang iaitu pisau sebab senang nanti nak makan buah dengan air mineral sebab cuaca yang panas ni cepat dahaga je . So pergi mana-mana pun digalakkan bawak air okey tapi bulan puasa nanti macam manalah agaknya , mahu bila petang je semua pengsan dalam bilik sebab penat ! hahaha . Lepas dah shopping sakan , kitaorang pun balik poli . Berbelang sikit dah muka aku sebab cuaca yang terik ni . Memang perggi kelas je aku pakai payung okey ! hihih . Rasanya sampai sini sahaja cerita aku , tunggu isnin nanti bermulalah kelas yang pertama bagi sem 4 . Huaaaaaa :p


Lots of Love,
sigigibesi
xoxox



1 comment:

Unknown said...

Selamat study! Good luck on ur new sem ya!