Saturday, 14 June 2014

Menghitung Hari ♥


Selamat Malam ,

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu , sedar-sedar je nak masuk sem baru je . Begitu pantas 2bulan berlalu tanpa aku sedar . hehe , mungkin sebab rutin harian yang sama hampir setiap hari sebab tu tak perasan masa berlalu dengan cepat . Maka habis je cuti ni , sem 4 pun menanti . Rasa seram sejuk pun ada sebab semakin banyak cabaran yang menanti . Adalah dalam 3harri macam tu , aku nak balik poli kesayangan tu , kononnyeeee ! hihih ;p

Rasa tak sabar pun ada sebab nak jumpa kawan-kawan aku tu tapi pada masa yang sama rasa malas pun iye jugak . Bukan sebab apa sebab nak kemas beg , itu yang buat aku malas ! Selamat barang banyak yang aku simpan dekat poli je termasuk cadar kesayangan . Tah apa khabar lah barang-barang aku dekat sana ? Harap-harap okey je . hmm

Sem ni aku rasa seronok sikit sebab roomate boleh pilih dan aku dah pilih nak duduk dengan siapa . Opcoz yang sama sem , sama course dan yang penting sama kepala dengan aku ! hehehe , Antara ramai-ramai calon , aku pilih Wanie . Yes , Wanie sebab dia senang sikit sebab jarang gadoh dengan dia . Lagipun kitaorang rapat sejak dari sem1 hingga sekarang . Kira dah ada chemistry gitu dan dia pun pandai daripada aku ni so nanti senang nak study sesama . hihih . Buat report nanti pun senang sebab ada geng dan kami pun satu kelas .

Walaupun tengok Wanie ni muka seteress je dan muka berlagak malah ada masa buat aku takut nak tegur dengan dia sebab muka dia garang sangat tapi hakikatnya hati dia lembut je . Dia selalu jugak tolong aku waktu dekat poli . Selamat dia jenis memahami aku ni yang jenis kadang-kadang apa pun tak tahulah aku nak cakap . hihihi . Kalau kami sebilik harus riuh-rendah bilik tu nanti sebab aku ni kuat bercakap . hahaha . Dia pun jenis melayan jee cerita aku walaupun kadang-kadang boring je pun . hihih

Sebenarnya tak tahu nak cakap apa lagi namun apa-apa pun moga sem akan datang ni apa yang aku target tercapai , sem baru semangat baru . Usaha lebih dan lebih lagi untuk diri sendiri dan mak abah , inshaa Allah ♥



Wanie aka Roomate To Be ♥



Lots of Love ,
sigigibesi
xoxox

1 comment:

Scarlett O'Hara said...

Nak try follow tp tak boleh.Try next time ye.