Sunday 15 June 2014

Babysitter ♥


Selamat Tengahari ,

Amboi atin bukan main sekarang update blog je , heheh , almaklumlah tengah cuti rajin lah udate tapi tunggu dah masuk belajar takut nak tengok blog pun tak menyempat sebab busy dengan kelas yang hari-hari balik lambat dan busy dekat lab je nanti . huhu . Yela sepanjang cuti 2bulan ni aku kan tak keje so memang hari-hari ada dekat rumah dan yang pasti aku dah berjaya tanam anggur dengan jayanye ! hihihi . Disebabkan aku terlalu free so aku join akak aku buka booth dekat Stadium Shah Alam sempena Vendeur Festival pada bulan lepas . Cerita dah basi pun tapi tetap nak update jugak . hihih :p

Booth tu selama dua hari je , dari pagi sampai ke malam . Aku tolong pun suka-suka je nak merasa buka booth ni dan sambil tu boleh pergi shopping dekat bahagian pakaian . hehehe , kitaorang jual yang simple-simple je pun macam rojak dan A&W float . Seronok jugak tau buka booth ni walaupun memenatkan jugak . hihih . Tapi tak pe pengalaman susah nak dicari okey biar pun kaya macam mana pun . 

@ Vendeur Festival 

Sebenarnya buka booth tu selama dua hari je tapi aku pergi rumah akak aku awal sebab malas pergi sendiri nanti kena naik bus . Kebetulan dia ada balik melaka so dia nak balik kajang aku follow dia balik sana . Jimat duit & tenaga . hihih . Disebabkan aku datang awal so aku kena jadi babysitter kepada Amar Mikail anak akak aku . Sebulan jugaklah aku jaga anak akak aku dekat rumah dia sebab dia keje kan . Tapi okeylah sebab kalau Amar tu pergi hantar taska , aku dekat rumah tu krik-krik je sebab tak tahu nak buat apa . 

Balik-balik baca novel , tengok tv takpun tidur . Hahaha , macam tulah harian aku hari-hari . Kalau nak keluar pun bukan tahu sangat dan tak ada kenderaan pun malah tak biase dekat area kajang tu . Sepanjang aku jaga Amar , selamat dia jenis tak banyak ragam . Senang jelah nak jaga dia ni sebab dia pun dah setahun lebih dan tak lama lagi dua tahun . Tapi yang menjadi masalah bila dia cakap aku satu apa pe tak paham . Hahaha . Itulah yang aku lalui sepanjang jaga dia . 

Tapi yang best , kadang-kadang bila aku tak bangun lagi ke tapi dia dah bangun dia akan ketuk pintu pastu panggil Atin . hahaha , comel je dengan suara dia panggil tu . Dia tak pandai cakap sangat cuma adalah beberapa patah perkataan je dia pandai . Sepanjang aku dekat sana , rutin harian aku dengan Amar lebih kurang sama je . Hahaha , Amar tu pun boring sama macam aku sebab hari-hari kitaorang berdua je dekat rumah kalau waktu siang . hahah . Amar macam redho je sebab tak boleh buat apa . Haha

Ada sehari tu , akak aku kena tahan wad sebab katanya sakit tapi belum nak bersalin . Dah aku dengan Amar je berdua tapi aku tak kisah sebab dah biase . Tapi pada waktu tu Amar pulak demam , aku pulak waktu tu tak sihat sangat . Aku dah macam nurse dah dok menjaga dak Amar yang demam tu , habis kepala dia aku letak kain basah . Biar cepat sikit hilang panas dekat badan sebab macam tu jugak aku buat dekat diri sendiri bila demam . 


Demam pun bila bergambar sempat buat peace !
hihihih , macam gegurl plak buat macam tu .


Sebulan jaga Amar , macam-macam ragam yang aku tengok tapi seronok ! hahaha , sekarang dia dah balik kajang tak dapat jumpa . Tapi tak pe sebab nanti akak aku nak pindah melaka . Hari-hari boleh tengok dak amar , ceyh ! tak lah hari-hari sebab aku dekat kuantan cuma bila balik kampung boleh jumpa . Bukan setakat tu je , tak sabar nak dapat nak buah baru jugak adik dak amar . Tahun depan pun bakal dapat anak buah lagiii . heheh , Makin meriah rumah aku ni dan makin ramai cucu Hj Aziz dengan Hjh Zauyah . hihihi 
 Tak tahu nak cakap apa lagi , jom lah layan gambar amar mikail ♥







Lots of Love ,
si gigi besi
xoxox

1 comment:

Unknown said...

best laa dpt join vendour festival tu..ramai kata best..pengalaman..

pengalaman kedua plak, senang nnt dah ada anak..dah pandai jaga baby..hehehe

http://hanamarsom.blogspot.com/2014/06/feeling-lost.html