Wednesday 4 June 2014

Birthdayyy



Selamat Malam,


Harini rajin kebenau aku update belog , selagi internet tak tamat tempoh selagi tu online jee . Kalau tak susah nak nampak aku depan latop ni , hihihi . Malam ni sesaja nak cerita dengan korang pasal birthday aku yang dah berbulan-bulan lepas tu . hihihi , walaupun dah berbulan dah tapi nak jugak cerita dekat sini sebab belum berkesempatan nak update . Jangan marah kalau korang baca belog aku banyak cerita macam throwback je , hihih , mana taknya amik je gambar pastu terus upload dekat instagram so secara automatically nak update dekat belog dilupakan . Boleh dikatakan aku kurang sikit pandang blog ni kalau waktu kelas ni disebabkan cuti sem , rajinlah sikit nak update ! hihihhi ;p

Ceritanya begini , hihihi , pada 26/1 pada tahun 2014 genap lah umur aku 20tahun . Perh , macam kurang caya je bila dah masuk 20an ni ! kira dah masuklah zaman hakak-hakak katako , heee ^^ Perangai pun kena macam hakak lah kan ! hahah , poyooo . Masa birthday aku tu , aku still ada dekat kuantan so takdelah nak celebrate bagai #sodih makjemah# Setakat wish daripada member classmates tu adalah , tapi nak dapat hadiah tu tarak ! hihih . Tapi yang best mak wish 2kali kot #gembira hati + sebak # Walaupun hanya sekadar wish pun cukup buat aku gembira sebab mak ingat birthday . hehehe . Tapi bila balik je melaka , adik-beradik aku nak ajak mak ikan bakar . Perh , senyum sampai ke telinga katako ! Kononnya diaorang nak celebrate la kan , sape yang tak suka , heee

Tapi plan tu cancel sebab pakcik balik sebaliknya plan tu ditukar dengan buat BBQ dekat rumah makcik je . Aku tak kisah pun buat dekat mana-mana janji dapat berkumpul beramai-ramai sebenarnya dah seronok . Memang sejak dari dulu suka kalau satu family berkumpul beramai-ramai sambil tu boleh borak dan gelak tawa bersama dan rasa sangat indah saat tu ! hee ^^
Bbq tu start pukul 8lebih macam tu tapi bila sampai je rumah makcik semua dah ada macam ikan bakar , tomyam , nasi lemak dan ayam bakar pulak tengah bakar oleh abang ipar aku . Kira aku ni datang makan je , hahaha , buruk perangaiiii .

Rumah makcik aku riuh dengan anak-anak buah aku , dah macam hari raya je . Tapi seronok sangat sebab bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai ni . hehehe , lepas tu je kitaorang makan dulu sebab laparkan , makanan pulak sedap-sedap . Sangat rugi kalau diet waktu tu sebab bukan selalu dapat makan sedap , dapat pulak aku ni yang belajar jauh ! lagi tak lepaskan peluang merasa semua yang ada . hihihi . Lepas dah kenyang semua , anak buah aku panggil untuk potong kek . Dah lama tak potong kek ni , terasa teruja kejap . hahaha . Tapi yang lagi teruja anak-anak buah aku sebab memasing dah tunggu nak makan kek tu . Syukur ada kek sebab abang aku tetiba baik hati nak sponser kek , aku bajet tak ada sekali beli jugak . hihihi . Malas nak cakap panjang lebar lagi jom layan gambar pula. . . . .


BBQ Time !

ayam bakar in the house.....


kesian along pose ternganga pulak sebab tengah makan .
hahaha :p


Sesi memotong kek pulakkkkk ! hihihih :)


birthday tahun 2014 sebab tu semua nama ada tapi yang potong
aku sorang je . hihihi 

birthday girl tapi yang bukan main tak sabar anak-anak buah .
hahahaha :p

Suapkan mak lebih afdal . hee :)

Rasanya sampai sini sahaja cerita aku untuk kali ini , nanti aku cerita lagi okeyyy ! Terlalu banyak cerita aku nak kongsi tapi tak berkesempatan lagi . heee , Assalamualaikum .





Lots of love , 
si gigi besi
xoxox

2 comments:

ezyra taharin said...

wahh sedap nye ayam bakar.
lama tak buat macam nie..
btw kalau boleh komen site nie tak payah ada code ea.

Unknown said...

mmg sedap , huhu