Thursday, 5 June 2014

Appoinment



Selamat Malam ,


Harini hari yang best bagi aku sebab pergi appoinment gigi ! Hihih , cakap saja pasal appoinment aku paling suka sekali sebab dapat tahu tentang perkembangan gigi ni . Mahu tak suka dapat pergi appoinment sebab kalau boleh nak dengar doktor tu cakap "okey kita akan buka braces" . Waktu aku yang paling suka agaknyee dan sangat tak sabar sekali . Hihihi . Yela dah pakai 3tahun lebih braces ni tapi sampai sekarang tak buka lagi . Huhu

Appoinment aku sepatutnya pukul 2.30pm tapi pukul 2.30pm baru gerak dari rumah . Bukan main lambat lagi nak gerak dari rumah , tunggu mak apa semua jadi lambat pulak . Hihih , sampai klinik pun pukul 3 . Risau jugak ramai orang tapi tak sampai 15minit tunggu , nurse pun panggil aku masuk . Kerusi pun tak sempat rasa panas kateko ! Hikhikhik :p

Then doktor check lah gigi aku , apa yang patut buat lepas tu . Dia cuma tukar besi yang lebih tebal pastu tukar warna bracket . Sangat teruja bila dapat pilih warna yang kita nak , hihihi . So aku pun pilih warna hijau turqouise sebab tak pernah pakai lagi warna tu . Saja je pilih warna yang terang-terang biar orang nampak aku pakai besi . Kihkihkih . Sebelum ni pun warna pink terang so warna hijau turqouise tu kira okeylah kan .

Kalau pada awal-awal pakai braces aku macam segan nak pakai warna macam tu , sebab rasa tak confident je bila warna terang-terang ni . Tapi lepas dah berape tahun pakai braces , semua warna yang aku tak pernah cuba aku pilih . Hihihi , macam-macam warna yang aku dah pernah pakai laa . Pakai belang-belang pun pernah macam hitam kuning , macam baju pasukan bola malaysia ! Hahaha .

Sebenarnya seronok jugak pakai braces bila dapat pilih warna yang kita nak tapi yang kureng menyenangkan lepas jumpa doktor . Gigi mula rasa ketat dan sakit , nak makan pun payah . Tu belum lagi tetiba kena ulser , azab rasa diaa ! Hihih . Tapi nak taknak tahan jela , abaikan apa yang dirasa . Tapi sekarang ni gigi aku dah okey cuma yang bahagian atas je masih kedepan , kalau tak ada apa masalah mungkin sebelum dapat diploma dah buka . hihihih #andai sendiri#

Untuk bagi gigi yang bahagian atas kebelakang , aku diberi getah dan disangkutkan pada besi atas dengan besi bawah . Hari-hari kena pakai kalau nak cepat gigi kebelakang . Tak sakit pun pakai getah tu tapi yang tak best tak boleh ternganga besar sangat . Buka mulut pun kena tahap yang sopan gitu , hahahaha . So mulut aku ni akan selalu tutup je sebab getah yang ada dalam mulut ni . Heee . Harap hari-hari pakai getah ni cepat sikit gigi okey ! Rasa tak sabar nak tunggu next appoinment . Hihihi . Rasanya sampai sini saja cerita aku , ada masa aku cerita lain pulak okey ! Hihihi :)




Lots of love ,
Si gigi besi
Xoxox

No comments: