Wednesday 4 June 2014

Pengalaman Derma Darah




Selamat pagiiii ,


Amboiii , bukan main awal pagi lagi nak update belog . hihihi , tak menyempat nak tunggu tengahari dak atin ni . Sebenarnya bukan apa , ikutkan kan semalam lagi nak update belog tapi disebabkan semalam dah makan ubat sebab demam tak baik lagi , jadi tidur pun awal . Kepala pun tingtong je , kakngah mintak tolong buat kulit tart dia pun tak larat sebab mata mengantuk sangat ! So pagi-pagi ni update belog sebab dari pukul 5pagi terjaga terus tak boleh tidur . breakfast pun bukan main awal lagi harini , hihhih

Semalam lepas ambik ubat abah dekat hospital terus pergi Tesco #tempatfaveretfamily# sebab abah nak beli barang dapur semua . Aku pun tumpang sekaki beli barang apa yang patut untuk masuk sem baru nanti . hihihi . Sampai je pintu masuk Tesco , terus nampak kempen derma darah . Tetiba terus teringat masa kali pertama derma darah dekat poli waktu sem lepas . Waktu nak derma darah tu bukan main teruja nak derma darah walaupun pada yang sama takut-takut . Sebelum nak derma tu siap tanya kawan-kawan yang pernah derma sebelum ni . Kawan aku kata sakit sangat lepas derma tu , pastu berat badan naikla , macam-macam lagi lah yang diaorang cakap .

Bila dah dengar macam tu , hati ni terus berbelah bahagi . Tapi keesokan hari derma tu , ajak jugak kawan-kawan aku derma . Tapi yang aku ajak semua taknak last-last kawan aku yang lain pula nak . Tapi selamat ada kawankan . hihih . Ada dalam 6orang macam tu yang pergi dewan untuk derma darah . Tapi kawan aku yang sorang ni tak lepas sebab berat dia kurang daripada 45kg tapi yang lagi 5orang lepas untuk berat . Ramai sangat student yang join derma darah ni , jenuh jugak nak tunggu untuk turn check tekanan darah , ada dalam sejam jugaklah aku menunggu . oh , sabar jelah !

Bila tiba turn aku untuk check tekanan darah , aku ni kira bernasib baik boleh derma darah . Bukan sebab apa , sebab darah aku ngam-ngam je 12.5 . Kalau rendah daripada tu tak lepas untuk derma , yang paling best aku siap dapat ubat untuk tambah darah . Patutlah dulu aku pernah pengsan , kalau tak derma darah confirm tak tahu tekanan darah aku kan . hihihhi . Lepas tu je , kitaorang dimintak makan dulu sebagai alas perut sementara nak tunggu derma darah . Makanan yang disediakan pun hanya air milo dengan biskut . Boleh lah daripada tak adakan , hihihi .

Ada dalam 15minit macam tu tunggu , terus duduk dekat mana-mana student yang dah nak siap derma . So takdelah lama sangat menunggukan , hihhi . Lepas tu aku pun duduk dekat kerusi yang kosong untuk derma darah . Mula-mula nurse tu akan suruh kita duduk dulu , kemudian barulah dia masukkan jarum untuk derma darah . Pada mulanya aku bajet sangat sakit sekali adalah rasa macam kena gigit semut api , kejap je sakit dia . hihih . Lepas dah masuk jarum mula lah aktiviti derma darah ni , kejap je dah penuh 1bag .

Masa derma tu , dia akan suruh kita pegang macam bola tak pun kayu paip macam tu sambil tu tapak tangan buka tutup . Buat sehingga penuh satu bag darah . Lepas dah penuh , dia akan cabut jarum tu balik dah kita akan dimintak rehat sebelum bangun . Ini adalah sebab untuk mengelakkan kita pening , yela dah derma darah . Darah dalam badan jadi tak balance , so untuk menstabilkan badan kita akan rehat dulu . Ada dalam 10minit macam tu , kita akan dimintak bangun dah bagi orang lain pulak . hihihi .

Aku rasa seronok dapat derma darah , aku siap pernah niat memang nak derma tak tahulah kenapa . hihih , Sekurang-kurangnya aku dapat membantu orang yang sangat memerlukannya . Kalau ada rezeki , nanti nak derma lagiiiiii ♥




Muka tenang jee . hihik , poyoo ;p

sempat lagi buat peace tu ! hihi

Anis menangis terasa terharu sebab dapat derma darah ! haha ^^

Mai muka relax je . hihhi




Lots of love ,
Sigigibesi ♥
xoxo

No comments: