Tuesday 3 June 2014

Raya Datang Lagiii





Selamat petang dan hai !

Tengah bosan macam ni , update entry pun best jugak . Hihihi , bukan apa sebenarnya bosan tak tahu nak buat apa sementara teman mak amik ubat abah . Nak tunggu bukan main lama lagi , cukup ramai orang dekat hospital ni . Ni kalau tidur pun dah cukup lena rasa bila bangun . Kata orang kematu punggung duduk dekat kerusi , huhuhu .

Berbalik pada tajuk entry , tak lama lagi je nak puasa dah . Ada dalam 20 lebih hari lagi je bermulalah bulan puasa . Sangat tak sabar nak puasa sebab boleh kurus waktu tu , kononnye ! Hihi . Tapi yang kurang best bila puasa tahun ni merantau lagi sama macam tahun lepas . Hmm , tak dapat makan masakan mak , macam ni lah hidup kalau belajar jauh . Hari-hari beli nasi bungkus la cerita dia . Hihihi

Bila dah mula puasa , masing-masing sibuk carik baju raya lah kan . Sekarang ni pun dah mula carik aku rasa sebab risau tukang jahit tak nak terima tempahan . Hihi , tapi kalau korang jenis suka beli je baju dah siap , beli nak dekat raya pun okey . Janji dah survey awal-awal baju yang korang nak supaya senang pastikan ada size nanti . Takut-takut size baju korang habis , raya pakai baju tahun lepas la jawabnye . Hihihi

Sekarang zaman dah maju , nak beli baju pun senang dekat hujung jari je . Tak payah pergi shopping complex dah , tengok je online pasti berlambak baju yang cantik-cantik . Aku lah orang yang selalu tergoda tengok baju online ni , cantik-cantik tapi selalu nak beli time bajet tarak so cuci mata jela . Hihihi . Sempena nak raya ni , aku kononnya nak carikla baju raya dekat online je . Sehelai baju buat sehelai lagi konon nak carik online je . Hihihi

Cukup banyak baju online yang aku dah tengok dekat instagram tu . Juling mata tengok baju yang lawa-lawa ni . Phewww ! Lepas tu aku ada tengok baju dekat Poplook.com , cantik baju dia . Berkenan sangat dengan baju tu tapi mahal sangattttt ! #menangis kejap#
Namun apakan daya , carik baju lain la cerita dia . Huhuhu , baju poplook tu berangan jela . Tapi kalau korang yang jenis tak kisah berapa pun harga baju bolehla survey dekat poplook tu sebab boleh tahan cantik jugak . Hihihi , tapi untuk aku terpaksalah simpan hasrat nak beli baju dekat poplook tu . Tapi takpe dah jumpa baju yang cantik jugak dan berbaloi harga dia . Kurang daripada rm100 , siap baju dengan skirt . Kalau jadi beli , aku cerita dekat entry lain okey ! Byeeee :)

#ps : tu gambar baju dekat poplook.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





No comments: