Sunday 16 June 2013

Sem 2 menanti .

selamat petang ,

Minggu depan aku dah balik kuantan sebab nak daftar untuk kamsis .Insyaallah pada hari jumaat ada perjumpaan dengan PA untuk settlekan semua yang perlu diselesaikan . pastu nanti bermulalah kehidupan aku sebagai student balik . tapi kali ni dah jadi senior lah sebab dah dah naik sem2 . hahah . rasa rugi pulak sebab tak terima pelawaan Qila untuk interview untuk jawatan apa aku lupa pulak , hahaha , banyak makan semut ni . kalau dapat jawatan tu , nanti kena tolong uruskan budak-budak sem1 . rasa macam seronok jugak , tetiba teringat waktu aku di sem 1 . waktu Minggu Suai Kenal aka MSK sangat menguji aku sebab terasa sangat penat nak berjalan ke dewan . mungkin sebab belum biase dengan keadaan poli sebab tu rasa sangat penat nak berjalan . poli tu berbukit setiap kali nak ke kelas seperti mendaki gunung . tapi takpe demi menuntut ilmu usahla mengeluh . minggu depan nak balik poli tapi aku 1 apa pun tak kemas lagi sebab malas sangat nak memulakan kemas barang tu . tapi bila dah naik sem 2 ni , aku dah boleh tahu barang apa yang aku hendak bawak berbeza ketika aku di sem 1 , semua benda aku nak bawak . maklumlah aku tiada pengalaman duduk di asrama sebelum ni . hehehe . terasa rindu pada kawan-kawan aku , tak sabar nak memakai labcoat lagi . pada sem 2 ni pulak , aku lebih banyak luangkan masa masuk dekat lab yang boleh dikatakan masuk kilang . lagi banyak cabaran yang perlu aku tempuh untuk sem 2 ini . moga urusan aku dipermudahkan , aamiin . pada sem 1 aku banyak masuk lab yang mempunyai acon . memang seronok duduk dekat lab sebab sejuk jee . hihihi . banyak yang aku pelajari masa sem 1 dam kenangan yang tak akan aku lupakan . 


RIVIEW KETIKA DI SEM 1
Antara subjek yang dipelajari :
  • islamic education 1
  • engineering mathematics **
  • inorganic and physical chemistry**
  • computer application
  • fundamental of microbiology**
  • co-curriculum1
  • communicative english1
  • occupational safety and health 1
#TAPI yang masuk final 3 subjek sahaja yang bertanda **

PERKENALAN BAGI SUBJEK-SUBJEK :
islamic education 1:
-->ini sama sahaja macam kita belajar waktu disekolah menengah dahulu pendidikan islam . insyaallah boleh bawak subjek ni janji rajin membaca .

engineering mathematics:
-->kalau subjek ini pulak lebih kurang addmath . tapi daripada yang aku belajar waktu di sem 1 nampak macam math mode . simple je math nya kalau rajin buat latihan . 

inorganic and physical chemistry:
-->ini lebih kepada kimia . sama macam kita belajar disekolah menengah . tapi yang bagusnya bukan semua topik dekat sekolah dulu kita belajar untuk sem1 ni . kalau fokus pada lecturer ajar insyaallah boleh . janji jangan tidur walaupun kadang2 subjek ni mengantuk . hahaha

computer application:
-->subjek ni best sebab kita boleh beljar macam2 berkaitan dengan komputer . kita belajar macam mana nak buat video sendiri dan macam-macam lagi .

fundamental of microbiology:
-->kalau subjek ini pulak lebih kepada biology . dia lebih kurang macam sekolah dulu tapi bagi yang ini ada lain sikit dan lebih mendalam sedikit pembelajarannya . kalau yang ini lebih banyak menghafal dan membaca . kalau faham inysaallah boleh bawak subjek ni .

co-curirculum 1:
-->kalau ni pulak rasa tak semua yang minat sebab ni kena kawad . lebih dikenali sebagai polibriged . yang paling tak best nye kalau kawad dalam waktu panas , tak tahan dibuatnya . tapi kepada semua sem 1 selama berjuang dengan polibriged ni . HAHAHA

communicative english 1:
-->yang ini beljar bahasa inggeris . nanti belajar pasal grammar tu semua balik .  senang je english dia sebab lebih kurang sama kita belajar waktu sekolah . jadi jangan risau sangat okey .

occupational safety and health 1:
-->untuk subjek ni kita lebih belajar pasal keselamatan waktu bekerja nanti . simple je tapi kadang2 rasa bosan jugak sebab banyak kena menghafal . hahaha



Mungkin ini sahaja review subjek yang perlu dipelajari waktu di sem 1 nanti . goodluck pada sesiapa yang dapat study dekat POLISAS . tak kisah dimana pun kita belajar , insyaallah boleh berjaya dengan berkat usaha , tawakal dan doa kepada ALLAH . SELAMAT BERJAYA ^^

No comments: