Tuesday 5 August 2014

Raya 2014...



Selamat Malam dan Selamat Hari Raya ! 

Mood raya dah turn off dah sebab dah mula kelas dan back to normal life . Student life cenggini lah bila dapat cuti lama , mula rasa malas nak mula kelas balik . Tapi rasa ayat tu tuju untuk aku sendiri sebenarnya ! hahah . Oklah bila dah mula kelas maka mulalah sibuk rutin harian aku walaupun sehari ada 24jam . heheh . Disebabkan esok tak ada nak submit apa-apa so guna masa yang ada ini untuk update blog kesayangan . heheh

Sempena raya ni confirm ramai yang update gambar raya kan ! haha , tapi tak syiok lah kalau tak dapat nak simpan gambar dekat blog ni . Raya tahun ni biasa-biasa sahaja dan sambut pun dengan bersederhana sahaja tapi seronok sebab adik-beradik aku tahun ni dapat berkumpul dekat rumah mak ! So agak meriah rumah tu , almaklumlah bila semua dah kahwin tapi kecuali aku lah dan agak susah sebenarnya nak kumpul beramai-ramai . Tahun ni pun kira kebetulan je sebab semua dapat berkumpul bersama . hee 

Setiap tahun memang mak aku akan buat ketupat dan memang tak sabar lah nak makan tapi kali ni mak rajin nak buat ketupat palas jugak . Sehari sebelum raya tu , sibuklah aku tolong akak aku buat ketupat palas . Aku tak lah gemar sangat dengan ketupat palas setakat makan satu dua tu layan lagi tapi bebanyak kureng sikitlah . hehehe . Bila malam raya sibuk dok kemas rumah selamat ada abg ipar dengan akak ipar yang tolong kemas . Kalau aku sorang je memang lambat siap kemas rumah . Hahaha . 

Bila pagi raya je memang setiap tahun akan berkumpul dekat rumah makcik aku sebab tu rumah tua so memang akan berkumpul dekat sana tapi tak semua sedara-mara yang berkumpul tapi kalau family aku memang setiap tahun akan berkumpul dekat sana . Waktu tu memang akan makan ketupat yang makcik aku buat . Kami adik-beradik je dah riuhkan rumah tu . Hahaha . Lepas dah puas makan dekat sana , barulah kitaorang akan berjalan dekat rumah atok dan rumah sedara-mara yang lain . Masa tu jugak waktu untuk aku kumpul duit raya ! hehehe :p

Sebenarnya tak ada idea nak cerita apa walaupun banyak je cerita . Hahah , idea kering sebab lama tak menaip . Hahaha , apa-apa pun jom layan gambar ! Maaf ini entry bergambar je lebih sempena raya ni kans ! heheh , enjoy :)



Ketupat palas in the makinggg !
abgpis yang tengah sibuk nak tukar sarung kusyen . hahaha

Bila Hari Raya tiba lagi...........

wefie bersama keluarga besar ! Keluarga Hj.Aziz & Hjh.Zauyah .
orang tua lagi excaited nak bergambar ! hahaha ;p
dengan kazen dan anak buah !
dengan amar . hiks
bergambar dengan mak abah tapi anak buah
sama menyibuk . hehe
dengan kakda dan amar yang taknak bergambar !
Duit raya yang paling rare sekali yang aku dapat ! haha
duit syiling siap bungkus okey ! 


Rasa sampai sini sahaja cerita aku , ada masa aku update lagi okeyyy :)
#credit to palipa , mohon klik iklan dekat tepi ye lepas dah baca blog ni ! hahah :p



Lots of love,
sigigibesi
xoxo




1 comment:

Fatihah Azanan said...

Salam Aidilfitri awak :)
Belajar elok2 tau, bawak semangat Syawal tu. hehehe

Jemput singgah entry raya saya http://tieysmilez.blogspot.com/2014/08/syawal-2014.html