Friday 27 June 2014

Hilang !


Selamat Petang !

Hidup ni tak pernah lari dari masalah , selagi kita digelar sebagai manusia selagi tu masalah akan ada . Mahu atau tidak kita tetap perlu menghadapi masalah tersebut . Hehehe , ayat bukan main lagi kan , oklah sebenarnya aku nak cerita apa yang terjadi pada harini . Cerita dia begini , sebenarnya kad pengenalan aku hilang ! yup , hilang tanpa aku sendiri sedar kalau tak tengok beg duit hari ahad lepas . Waktu tu hati tak keruan sebab kad pengenalan hilang tapi bila tengok pada beg duit kad-kad lain semua ada . Musykil pulak aku mana pergi kad pengenalan yang sangat penting tu ! 

Siap call mak dekat rumah tanya ada tak nampak ic , tapi jawapan dia tak ada . Waktu tu terus fikir kena buat ic baru jelah . hmm , Pada asalnya semalam nak pergi buat tapi petang tu ada kelas dan kebetulan harini petang kelas tak ada sebab lecturer outstation . Alhamdulillah , urusan ku dipermudahkan sebab kononnya nak buat hari jumaat bila tengok pada jadual wakttu yang pack ni .

Kebetulan kelas pukul 11-1pm lecturer tak ada , so kitaorang gerak pergi UTC Kuantan awal lagipun tak jauh dari poli pun . Aku dengan 3orang lagi kawan aku , diaorang nak ikut sebab nak pergi tukar ic yang baru . Tapi sampai je sana tempat pertama yang diserbu balai polis sebab nak buat report . First time buat report katanya , muka confident je pergi amik no semua . Hahaha , tapi selamat tak ramai pun orang dan lagi memudahkan kerja aku dan tak perlulah aku menunggu lama dekat sana .


Lepas dah siap buat report semua , kitaorang terus pergi dekat bahagian buat kad pengenalan . Seperrti biasa muka confident je padahal tak tahu nak buat apa dulu . Hahah , aku pergi amik je no sebab nak tanya pun tak ada kaunter pertanyaan . Lepas ambil no , tak lama lepas tu turn aku pulak . Cakap apa yang patut then aku kena bayar rm110 sebab hilang kad pengenalan kan , waktu nak keluarkan duit cukup susah lagi . Hahaha , orang tu tanya ada student kad ke tidak then dia bagi surat untuk dapat diskaun . Dalam hati suka sebab dengar perkataan diskaun . hahaha , Lepas dah settle beberapa benda , terus pergi kaunter balik untuk proses seterusnya .

 Lepas isi borang diskaun tu dapat lah kurang 30% je . Kurang lah sikit beban yang ada tapi menangis jugak bila nak bayar . Hahaha . Lepas bayar dan tunggu sekejap untuk proses ambil gambar pulak .Taklama pun tunggu sebab banyak kaunter sebab tu cepat je siap . Selepas ambil gambar , dia bagi ic sementara . So dapatlah aku tengok dulu gambar dalam ic tu cantik ke idok . Tapi selamat cantik dan yang pasti senyum nampak besi okey , bukan main lagi ! hahaha . 





Lepas semua kawan-kawan aku settle buat ic jugak , kitaorang pun balik . Lepas 24jam baru boleh ambil kad pengenalan dan buat sementara waktu pakai la dulu ic besar gajah tu ! hahaha . Pengajaran untuk aku lepas ni lebih berhati-hati bila menjaga benda-benda penting ni . Pening kepala kalau hilang lagi lain kali . Dugaan bila berada jauh dari keluarga . Tapi yang penting perlu  SABAR . TABAH . SENYUM ! Okeylah , lain kali aku update entry lagi okey . Ni pun entry dekat draft sebab tak cukup masa nak update padahal sehari ada 24jam . Hahaha , Ok Bye & Assalamualaikum !


Lots of Love,
sigigibesi
xoxox


No comments: