Thursday 17 April 2014

Gigi Besi


Selamat malam !

Tetiba datang mood nak update belog . Sebenarnya baru lepas makan then masa makan tu boleh plak rasa macam bracket ni tercabut ke ? Tapi selamat tak pun . Bagi yang pakai besi ni benda yang dia risau kalau ada yang tercabut ke besi dia . Hahaha , dapat pulak orang yang ganas macam aku ni . memang payah sebenarnya pakai gigi besi ni . Apa yang nak dimakan pun kena jaga sebab nak jaga gigi besi ni punya pasal .
Okeyla , bermulanya hidup sebagai gigi besi ni masa form5 , 1.3.2011 tarikh penting dalam hidup aku ! Hahaha , poyo je padahal pakai braces je pun . Sambung balik cerita tadi , dari situla mulanya aku memakai braces aka gigi besi . Mula lah dapat gelaran si gigi besi . Pada mulanya sangat la kekok dan tak biase . Pastu dengan ada benda aku tak boleh makan macam chewing gum , air bergas , kacang-kacang keras dan pendek kata benda yang keras . Boleh tak bayangkan hidup bila semua benda kena jaga . Sabar jelah sepanjang pakai braces ni . Tapi demi nak gigi cantik sabar jela aku sepanjang 3tahun pakai braces .
Kadang-kadang aku rasa nak buka je besi ni , palang-palang ada dekat gigi . Mesti rasa bebas gile dan rasa nikmatnya bila makan . Sebab bila makan benda keras tak ada apa yang nak dirisaukan sebab tak ada braces . Namun apakan daya , belum boleh bukak lagi tapi sampai bila kena pakai aku pun tak pasti ? Takkan sampai dah kawin pun pakai lagi ? Oh , nooooo ! Harap tidak la tapi kalau pakai lagi besi ni masa aku kawin takpela mungkin kenangan ! Haha , ohcocop ! Cakap macam dah nak kawin padahal lambat lagi . Calon pun tarak adalaaa . Angan-angan terlebih dak atin ni ! Hihihi
Sambung balik cerita tadi , siapa kata pakai braces ni best ? Hmm , sebenarnya seksa jugak tau . Ulser dengan braces tak pernah terpisah . Kadang-kadang 2-3 ulser kena pada 1 masa . Sakit dia , Allah jelah tahu . Tapi lagi sedap bila besi tu terkena dekat ulser , perh dia punya rasa tak boleh diluahkan dengan kata-kata la. Then satu lagi bila lepas jumpa doktor , gigi tu akan rasa ketat then nak makan mesti sakit kalau nak gigit . Kalau aku selalunya mesti akan gigit sikit pastu telan terus . Serius tak kenyang langsung bila makan ! Haha , kesian sangat aku rasa ! Tapi apa boleh buat , nak gigi cantik punya pasal okey sabar jelaa . Hihihi
Sebenarnya dah lama aku tak makan chewing gum . Selamat aku ni bukan kaki chewing gum tau ! Tapi pernah sekali tu terasa teringin sangat nak makan . Makan jugakla tapi hampir-hampir terselit dekat besi tu . Hahaha , bila makan pun macam orang tak tahu nak makan mungkin sebab dah lama tak makan kot . Hihihi . Tu selamat doktor tak tahu , kalau tahu mengamuk dia agaknya ! Hehehe . Kalau nak diingat balik , macam-macam dah aku makan benda terlarang . Hehe , tapi sapa je boleh tahan oii tak makan benda yang sedap-sedap macam coklat tu . Tapi sebab benda tu semua boleh buat braces aku tercabut . Hihi . Rasanya tak sah la kalau tak ada bracket yang tercabut . Nampak sangat ganasnya aku ni . Heheh .
Jom , aku tunjuk muka aku sebelum dan selepas pakai braces . Hihihi . Gambar yang mula-mula tuu gambar sebelum pakai braces tapi waktu tu form3 la , hehe , then yang tengah-tengah tu gambar form5 dah masa mula-mula pakai . Ada dalam masa baru seminggu kot pakai . Dan gambar yang last tu gambar sekarang . Hihihi . Itulah aku hidup sigigibesi !


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






No comments: