Thursday 24 April 2014

7 FAKTA !

Selamat petanggggg !

Bila update entry dari latop ni terasa besar sikit skrin kalau tak update dekat phone tu kecik sangatlaa . tapi apa-apa pun tak kisah janji dapat update kan . hahaha . okey aku nak cerita sikit 7fakta tentang diri aku . cehh , macam hotstuff je nak bagi tahu tentang diri sendiri padahal takde sapa pun nak tahu pasal aku . hhahaha , tapi ada atau tak suka hati aku lah , belog aku so terpulang pada aku nak cerita apa kan . hahaha . sebenarnya aku nak cakap tentang diri aku sendiri dan antara fakta tentang aku ialah :  
   
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Fakta 1
aku ni seorang yang banyak cakap . kalau orang yang tak kenal aku mungkin akan cakap berlagak bagus je . hahaha . dan itu memang terjadi bila kali pertama aku kenal roomate aku . dia kata aku ni muka berlagak . hahah . tapi hakikatnya aku ni peramah okey , banyak bercakap kalau betul-betul kenal aku . hihih

Fakta 2
CEREWET . haa , memang aku seorang yang cerewet . dalam memilih sesuatu ke aku ni sangat cerewet . kalau baju or kasut . memang lama aku pilih sebab kalau tak berkenan dekat hati memang aku tak beli . hahah . sapa yang nak shopping dengan aku kena sabar . hahaha . tapi bukan settakat tu je , cari calon suami pun sama . opcozla kan kawin sekali je so kena carik yang terbaik untuk aku . hihih

Fakta 3
Kaki shopping ! bab shopping ni bagi jelah aku . cukup sangat aku suka sebab tu antara cara boleh hilangkan stress . yela beli apa yang kau nak siapa yang tak suka . suka gile-gile dengan shopping ni . hihihi . harap nanti dapat suami yang boleh layan kerenah aku ni nanti . hihih

Fakta 4
Melancong pun faveret aku . kaki berjalan aku ni , kalau boleh nak perggi semua tempat yang ada dekat dunia ni . aku suka melawat tempat orang dan tahu tentang negeri orang . dapat merasa masakan diaorang yang tak ada dekat tempat aku sendiri . melancong pun boleh hilangkan stress dan beban yang dekat kepala ni . harap dapat pergi melancong around the world suatu hari nanti dan harap dapat suami yang suka berjalan . hihihhi . mesti seronokkan :P

Fakta 5
aku tak suka minum air nescafe , coffee or susu . itu yang paling aku tak suka sekali . tapi kalau iceblend boleh pulak aku minum kalau ada tiga minuman tu . tapi kena mix dengan air lain juga la kalau dia sahaja tak minum aku . susu minum macam tu je aku tak boleh nak minum rasa nak muntah tak tahu kenapa . dulu pernah jugak cuba tapi habis aku buang . hahaha

Fakta 6
Dengar satu lagu yang sama berulang kali . itu aku punya style la tu . hahahah , orang mesti kata tak bosan ke denggar lagu yang sama banyak kali . tapi bagi aku sekali aku suka lagu tu , aku boleh dengar berulang kali sampai muntah hijau . mungkin sebab aku ni setia tu yang boleh dengar lagu banyak kali walaupun lagu sama je . hahaha 

Fakta 7
Food lover ! aku memang pencinta makanan . dunia ni akan terasa indah jika dapat menikmati keenakan masakkan tu . cehh , ayat nak poyo . hahaha . tapi serius makanan ni pun boleh hilangkan stresss . sebab tu aku sekarang ni suka main masak-masak . hahaha , haritu dah buat puding roti rasa not bad , nanti nak buat lagi . lagi pun cost dia tak mahal pun so boleh la buat lagi . nanti nak buat benda lain pulak rasa macam esok nak ajak abah pergi tesco beli barang untuk masak sphagetti ke ? hahaha . banyak dah resepi aku usha tapi bahan takde so terpaksa simpan niat dulu . 



itu jelah 7fakta tentang aku . nak lebih-lebih mana bolehkan . itu menjadi rahsia la tapi kalau nak tahu jugak kaji sendiri perangai aku ni okey . heheheh . macam hotsentap pulak ! okeyla nanti aku update entry lagi okey . byeeeeee :)

No comments: