Monday 13 July 2015

IFTAR KOKO MINDA

Selamat pagi dunia ! 


Alhamdulillah bulan puasa semakin tiba penghujungnya. Tanpa sedar ni minggu terakhir kita berpuasa. Cepat masa berlalu semoga kita berpeluang bertemu bulan ramadhan pada tahun hadapan. Insyaallah. 

Okeyla lama tak menaip ni, disebabkan malas masuk production buat packaging lepak opis je memang banyak masa untuk dibuat begitu sahaja. Hahahaha. Boss tak masuk lagi memang seronok lepak opis dengan aircond yang sejuk nau tu. Beku weii dok dalam sini tapi wifi kuat tahankan aje sejuknya. Hahaha

Berbalik kepada tajuk asal, sabtu lepas kilang koko minda buat majlis berbuka untuk semua staff dan budak praktikal dekat sini. Makan free siapa tak nak join memang rugi sangatla kan. Hahaah. Berbuka pulak dekat Country Resort. 

Dalam 6.30pm gitu memang dah berkumpul dekat resort tu. Sementara nak menunggu berbuka ada majlis sempoi untuk pemberian duit raya untuk pekerja sini. Tapi sedih gile bila budak praktikal tak dapat apa pun 😭😭😭. Waktu tu redho jela. Hmm

Bila masuk berbuka memang excited nak makan la. Duduk pulak meja yang dekat dengan makanan. Memang kejap kejap pergi amikla. Hahaah. Makan buffet so memang takdehal nak amik banyak mana pun tapi antara larat atau idok je nak abiskan. Hahahah. Menu masa berbuka puasa haritu menu masakan kampung tetapi ada makanan sampingan lain juga macam kambing golek ! Fuhh, itu paling win la sebab kambing sedap kot. Lagi pun faveret juga makan kambing ni. Hihi

Meja kitaorang je dah penuh dengan makan sampai pekerja lain tengok pun terkejut. Hahaha. Ada yang repeat kot amik makanan dia sebab sedap sangat. Hahahaha. Meyh layan gambar seround dulu ~


                    Ini geng praktikal 

                       Semua pekerja 







Selepas tu ada beberapa kereta yang pergi jalan mencari baju raya katanya. Hihihi. Kitaorang pergi Dewan Tun Ali je sebab ada jualan gudang the store. Dia nak habiskan stok lama tu yang jualan murah kawkaw punya. Tapi aku beli tshirt selai je pun sebab nak pakai pergi keje tu pun rm10. Hahaha. Malas beli memahal setakat tshirt jekan. Hihihi. Sementara tunggu orang sempat bergambar ok! 




Lepas pergi sini, kitaorang pergi bazaar dekat klebang. Jalan jalan cuci mata je sebab aku dah beli baju raya sesiap. Menumpang kena la follow pergi kemana kan walaupun dah penat sebenarnya dan sangat mengantok! Berjalan jalan pastu makan dulu sebelum balik. Fuhh, sampai rumah je dah pukul 2 lebih. Gile juga sebab aku tak pernah balik lewat gitu dengan member. Selamat mak abah okey walaupun sebenarnya risau. Tapi pasni memang idok la nak balik lewat. Tak sanggup aku weiii buat penat diri je. Hahahaha. Tapi sesekali jela tu sebab layankan budak praktikal yang lain. Huhuh. 

Okeyla sampai sini jela cerita aku, kalau ada masa aku update lagi okey! Hihihi. Okey bye & selamat hari raya! Minggu terakhir puasa ni dan rumah tak kemas lagi 😭😭😭




No comments: