Saturday 19 July 2014

Iftar !


Selamat petang ,

Alhamdulillah , masih berkesempatan untuk menyambut bulan puasa yang ke 21 hari pada hari ini . Walaupun ada dugaan yang datang , syukur semuanya dipermudahkan oleh Allah . Seperti biasa harini baru dapat online dan membuat blogwalking setelah hampir seminggu tidak sempat nak menjenguk blog sahabat yang lain . Sementara menunggu pukul 6 macam tu untuk turun ke bazar , amik masa yang ada ni nak update blog . Hehehe

Walaupun cerita yang beberapa hari sudah berlalu , tapi baru harini berkesempatan nak berkongsi dekat blog kesayangan ni . Heheh , sebenarnya pada hari selasa haritu kami satu kelas dah plan nak berbuka bersama-sama dekat padang Mpk , Kuantan . Kebetulan pada hari selasa tu , kuantan cuti sempena Nuzul Quran dan semua orang pun free so masa yang ada digunakan untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai . 

Nak dijadikan cerita , pada hari isninnya tu aku balik melaka sebab appoinment gigi . Lepas habis je jawab test terus pecut ke Terminal sebab tiket bus pukul 1.30pm . Selamat dak sal sudi nak hantar pergi terminal , kalau nak mengharapkan van poli memang jawabnya tertinggal aku bus . Hihi . Rasa macam pelarian jugaklah sebab isnin petang balik melaka dan selasa pagi lepas appoinment terus kena balik kuantan semula . Tapi demi appoinment gigi , gagah jugak diri walaupun hakikatnya letih . hmm

sebelum naik bus , sempat bergambar dengan mak abah ♥

Selepas beberapa jam di dalam bus , sampai lah kuantan . Bila sampai je sana sal nak amik dan aku pun on je sebab van biasa lambat dan takut lama pulak diaorang nak menunggu sebab kitaorang nak pergi padang Mpk tu bersama-sama . Kalau dah janji melayu tu , lambat jugaklah nak menungggu diaorang sampai nak amik aku dengan sal dekat rumah sewa dia ni . Heheh , Kitaorang naik bus Che'd je sebab muat untuk semua yang nak join berbuka tu tapi seperti biasa tak semua yang akan join walapun PA kitaorang ada sekali . Hmm , susah nak dapat kerjasama dari semua .

Sampai je padang Mpk , kitaorang terus tawaf bazar dia . First round tawaf sebab nak tengok jual apa lepas second round baru beli apa yang nak dibeli . Tapi tu pun tak tahu nak beli apa sebab kebanyakkan benda yang sama je , hehe . Tapi walaupun macam tu  ramai giler orang , tu yang sampai aku berpegang tangan dengan member aku tapi perempuan lah . Hehehe . Lepas dah beli semua kitaorang terus duduk dekat padang Mpk untuk menunggu masa untuk berbuka . Tapi seperti biasa sementara menunggu nak berbuka tu sempatlah selfie semua . Dapat pulak classmates yang kaki bergambar , memang phone memasing penuh dengan gambar je ! hihih





#Masing-masing tak sabar nak tunggu waktu untuk berbuka ! hihi ♥

Lepas masuk waktu berbuka , diam je padang Mpk sebab masing-masing sedang sibuk menikmati juadah berbuka puasa . Memang menjadi tradisi orang kuantan , bila masuk bulan ramadhan akan ada yang berbuka puasa dekat padang tu . Rasa sangat meriah dan seronok apabila dapat berbuka bersama-sama ni . Hihih , lagipun tidak ada halangan untuk menunaikan tanggungjawab iaitu solat sebab padang ni sebelah dia je masjid besar . So senang lepas je berbuka kitaorang solat magrib dahulu lepastu baru gerak balik poli . 

"Kenangan bersama classmates sentiasa menjadi kenangan terindah ! Kenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringit melainkan kita laluinya sendiri ♥ "

Rasanya sampai sini sahaja cerita aku pada harini walaupun ada cerita lain lagi ingin dikongsi tetapi macam pening pulak nak kongsi semua sekali dalam satu entry . Tapi yang penting cerita yang menggembirakan ! hihih :)

#p/s : congrate dekat Kakda sebab dapat sorang lagi baby baru ! tak sabar nak tengok adik dak amar ♥ Dengan ini makin bertambah cucu Hj Aziz & Hjh Zauyah . hihihi





Lots of Love,
sigigibesi
xoxox

No comments: